GM Klang tawar khidmat pesan makanan atas talian COP

No Image Caption
A
A
A

KLANG – Pusat Borong GM Klang memperkenalkan perkhidmatan Click, Order & Pick-up (COP) iaitu perkhidmatan membuat pesanan makanan dari restoran-restoran di GM Klang.

Pengurus Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam GM Klang, Norsuhaida Othman, berkata, pelancaran perkhidmatan COP ini bagi memudahkan orang ramai untuk membuat pesanan makanan dari restoran-restoran di GM Klang dengan lebih mudah, cepat dan selamat berikutan perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

“Pengunjung boleh memesan makanan tanpa perlu beratur panjang serta mengambil pesanan mereka tanpa perlu meninggalkan kenderaan di lokasi yang disediakan.

“Bagi penggemar makanan citarasa Malaysia, Korea, Western, dan pelbagai pilihan makanan yang lain boleh dipesan melalui COP,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, perkhidmatan COP yang dilancarkan pada 28 Julai lalu itu, beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Berikut adalah tiga langkah mudah untuk pesanan perkhidmatan COP:

Langkah 1: CLICK – Klik di banner laman sesawang (website) GM Klang ATAU imbas kod QR di media sosial GM Klang.

Langkah 2: ORDER – Buat pesanan makanan dan minuman anda dari senarai restoran yang anda inginkan, dan buat bayaran secara transaksi online ATAU bayar secara tunai ketika mengambil makanan.

Artikel Berkaitan:

Langkah 3: PICK-UP – Ambil makanan anda di kawasan pick-up point COP yang telah ditetapkan di sekitar kompleks.

Untuk maklumat lanjut berkenaan COP atau ingin membuat pesanan makanan, sila klik pautan di bawah ini:

Perkhidmatan COP: https://gmklang.com/event_details/view/item_id/153.html

Facebook: https://fb.watch/72lJp89TR4/

Instagram: https://www.instagram.com/tv/CR6QqDxsPWM/?utm_medium=copy_link

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!