BN belum terima surat permohonan PBM sertai gabungan

Pimpinan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bergambar selepas selesai Konvensyen BN ke 48 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu
Pimpinan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bergambar selepas selesai Konvensyen BN ke 48 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu
A
A
A

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) masih belum menerima surat permohonan daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai gabungan itu.

Perkara terbabit disahkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Belum hantar surat permohonan lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Konvensyen BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN akan mempertimbangkan untuk memilih calon dalam kalangan parti gabungan itu (Friends of BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Soalan yang ditanya itu sesuatu hampir pasti tak boleh disahkan sekarang kerana belum jelas lagi dan kita belum lagi nak PRU.

“BN ini seperti adik-beradik dan sebab itu kita akan berunding. Mereka (Friends of BN) dah banyak kali tolong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Takkan kita tak beri peluang. Insya-ALLAH, saya akan berunding dengan semua presiden parti komponen dan lima kepimpinan UMNO. Kita pun sudah banyak kali berbincang dengan pemimpin lima teratas mengenai PRU15 nanti," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!