Wan Fayhsal sindir Rafizi nak jadi ‘artis’

Wan Fayhsal
Wan Fayhsal
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk menjadi juri tetap dalam sebuah program realiti TV, Innovathon mendapat perhatian ramai termasuk Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Wan Ahmad Fayhsal dalam satu hantaran Facebook berkata, penyertaan Rafizi itu sebagai satu perkara ‘canggung’ yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana menteri sebelum ini.

“Nak jadi menteri ke... artis? Tak pernah dibuat oleh menteri sebelum ini, hatta KJ (Khairy Jamaluddin) sekalipun. Padanlah ekonomi Malaysia hancur atas tangan puak-puak ini,” katanya.

Program Innovathon adalah hasil kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Kementerian Ekonomi serta Astro.

Program realiti itu akan memaparkan kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian isu berteraskan sosioekonomi.

Selain Rafizi, barisan juri tetap program itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan artis terkenal, Fazura bersama 100 juri awam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Innovathon akan mula bersiaran pada 15 Julai depan di saluran Astro Ria dan akan menampilkan gandingan Awal Ashaari dan Lisa Surihani sebagai pengacara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!