Kes denggi meningkat di Melaka

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MELAKA TENGAH - Masalah denggi di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak 263 peratus iaitu 1,438 kes dalam tempoh Januari hingga 17 Ogos lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Exco Kesihatan dan Antidadah, Low Chee Leong berkata, daerah Melaka Tengah mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,035 kes iaitu peningkatan 290 kes diikuti Alor Gajah meningkat 238 peratus dengan merekodkan 203 kes dan Jasin 263 peratus dengan 200 kes.

Menurutnya, semua pihak harus memberi perhatian terhadap kebersihan selain memberi tumpuan kepada aktiviti penguatkuasaan sebagai langkah pencegahan.

"Dalam tempoh itu sebanyak sembilan kes telah direkodkan dan lapan daripadanya di daerah Melaka Tengah manakala satu kes di daerah Alor Gajah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Chee Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana berkata, kes-kes yang direkodkan itu termasuk di Jalan Sidang Hasan Bukit Katil, Flat Malinja, Taman Melaka Perdana, Taman Krubong Jaya Fasa 2, Taman Taman Kota Laksamana Seksyen 2, Taman Kota Laksamana Seksyen 3, Jalan Yong Pak Khian dan Batu 22 1/2 Ramuan China Besar di Masjid Tanah.

Katanya, terdapat lima lokaliti wabak aktif dikesan membabitkan Taman Bertam Jaya, Taman Krubong Jaya Fasa 2, Lorong Utama Taman Ayer Keroh Heights, Pangsapuri Kota Laksamana dan Taman Hilir.

"Selain program Skuad Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) yang terus aktif saya harap usaha mencegah penularan kes denggi tidak hanya dipikul oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sahaja, sebaliknya kerjasama masyarakat amat penting," katanya.

Artikel Berkaitan: