Dua rentung dalam kemalangan

Kedua-dua individu yang rentung dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban. - Foto IHSAN ORANG AWAM
Kedua-dua individu yang rentung dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban. - Foto IHSAN ORANG AWAM
A
A
A

SEREMBAN - Dua individu ditemui rentung dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 262.3 Lebuhraya Plus arah Utara hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Moktar berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang membabitkan sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti berikutan musnah dalam kebakaran.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.16 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama dua jentera termasuk tujuh anggota dan pegawai.

"Ketika sampai ke lokasi api sedang marak dan memusnahkan kenderaan tersebut 100 peratus.

"Siasatan awal kenderaan tersebut dipercayai terbabas ke dalam parit sebelum terbakar.

"Dua individu rentung akibat kebakaran tersebut dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk tindakan lanjut,"katanya.

Tambahnya, bagaimanapun identiti mangsa terlibat masih belum dikenal pasti.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!