'Pemergiannya sangat mudah dan tenang' - Ina Naim

Ina ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada malam Rabu.
Ina ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada malam Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemergian bekas ahli kumpulan In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 43, ke rahmatullah pada malam Rabu dalam keadaan tenang di samping isteri dan empat anaknya.

Isterinya, Nordiana Mohd Naim, 39, berkata, Allahyarham menghembuskan nafas dalam keadaan mudah malah seorang daripada anaknya sempat mengajarkannya mengucap dua kalimah syahadah.

"Pemergiannya sangat mudah dan tenang di sisi saya dan anak-anak. Pesanan dia minta maaf kepada semua orang sebagaimana yang dia tulis dalam TikTok.

"Arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru," katanya yang mesra dipanggil Ina ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada malam Rabu.

Nordiana menenangkan anaknya, Sallman Elkhoyri semasa menanti urusan bedah siasat di rumah mayat HSI Johor Bahru pada malam Rabu.
Nordiana menenangkan anaknya, Sallman Elkhoyri semasa menanti urusan bedah siasat di rumah mayat HSI Johor Bahru pada malam Rabu.

Mohd Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 malam di HSI dan khabar duka itu dikongsi Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), Razin Mestica menerusi akaun Facebook rasmi majlis berkenaan.

Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Artikel Berkaitan:

Jenazah Suhaimi di bawa ke Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi dari bilik mayat HSI, Johor Bahru pada malam Rabu.
Jenazah Suhaimi di bawa ke Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi dari bilik mayat HSI, Johor Bahru pada malam Rabu.

Bercerita lanjut, Ina berkata, sebelum dimasukkan ke HSI tiga hari lalu, arwah terlebih dahulu dimasukkan dan ditidurkan di Hospital Kota Tinggi pada Jumaat.

"Dia ditidurkan atas permintaan arwah sendiri sebagai jalan terakhir. Sebelum ini arwah mula mengalami batuk teruk pada Ogos lalu sebelum kesihatannya bertambah merosot pada Oktober lalu. Berat badan juga turun sehingga 20 kilogram.

"Arwah meninggal pada usia 43 tahun. Masa arwah hidup, dia pernah cakap memang nak usianya hanya sampai 43 tahun. Tarikh lahir dia 12 Oktober dan masa itu dia sudah sakit," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!