Kanak-kanak 4 tahun rentung

Keadaan rumah dua tingkat separuh kekal yang dihuni 18 sekeluarga yang terbakar dalam kejadian di Kampung Bukit Pasir, Endau, Mersing, Johor malam tadi.
Keadaan rumah dua tingkat separuh kekal yang dihuni 18 sekeluarga yang terbakar dalam kejadian di Kampung Bukit Pasir, Endau, Mersing, Johor malam tadi.
A
A
A

MERSING - [DIKEMASKINI] Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah didiami 18 sekeluarga di Kampung Bukit Pasir, Endau di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 9 malam itu, mangsa, Muhammad Faiz Fikri ditemui pasukan penyelamat di bahagian tangga tingkat bawah rumah dua tingkat separuh kekal terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Mohd Alias Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 9.19 malam sebelum empat jentera bersama 21 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Keadaan rumah dua tingkat separuh kekal yang dihuni 18 sekeluarga yang terbakar dalam kejadian di Kampung Bukit Pasir, Endau, Mersing, Johor malam tadi.
Keadaan rumah dua tingkat separuh kekal yang dihuni 18 sekeluarga yang terbakar dalam kejadian di Kampung Bukit Pasir, Endau, Mersing, Johor malam tadi.

"Ketika sampai di lokasi kejadian, rumah dua tingkat jenis separuh kekal berkeluasan 80x120 kaki terbakar kira-kira 70 peratus pada bahagian atas rumah berkenaan.

"Mayat mangsa dijumpai berada pada bahagian tangga tingkat bawah sebelum diserahkan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Mohd Alias berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa cuba diselamatkan ahli keluarga namun gagal berikutan api marak dengan pantas.

Menurutnya, rumah terbabit dihuni 18 sekeluarga termasuk mangsa yang cucu kepada pemilik rumah, Kahar Adam, 65.

Artikel Berkaitan:

Katanya, 17 lagi mangsa yang berusia setahun hingga 65 tahun terdiri daripada isteri Kahar, anak dan menantu serta cucu kepada pasangan berkenaan.