Dulu dibuli kini model
DONCASTER - Wanita memiliki ketinggian dua meter atau 200 sentimeter pernah menjadi mangsa buli kerana ketinggiannya kini berjaya dalam dunia peragaan.
Menginjak usia 22 tahun, Naomi Lovell berasal dari Doncaster, Yorkshire, terpilih menyertai bidang peragaan pada Oktober 2018 di bawah sebuah agensi di sini, lapor Metro.
"Saya sangat gembira kerana berjaya sertai bidang ini walaupun pada awalnya tidak menjangka semua akan berlaku.
"Saya juga teruja bersama rakan-rakan yang memiliki keunikan seperti saya. Dari situ, saya yakin, diri ini istimewa dan bangga," katanya.
Menurutnya, ketinggiannya adalah faktor genetik diperoleh daripada keluarga.
"Ibu memiliki 1.7 meter, manakala ayah, 1.8 meter manakala adik-beradik, Bethan dan Amanda mempunyai ketinggian 1.7 meter," katanya.
Ujar Naomi, dia sering dibuli, ditindas oleh rakan-rakan malah orang ramai kerana masalah ketinggiannya luar biasa daripada manusia normal.
Bagaimanapun, dirinya sering terpilih bagi menyertai pasukan bola keranjang wakili sekolah meskipun dia tidak gemar sukan tersebut.
Jelasnya, dia turut mengalami kesukaran untuk memilih pakaian dan sukar mencari pasangan hidup.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!