Bekalan air di 948 kawasan pulih sepenuhnya

Iklan
Air Selangor menasihatkan pengguna supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 948 kawasan atau 73.37 peratus daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh daerah di Lembah Klang pulih sepenuhnya setakat jam 6.30 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, baki 344 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua lokasi terjejas di Hulu Selangor sudah pulih sepenuhnya manakala Kuala Selangor mencatat peratusan pemulihan 99.25 peratus, diikuti Petaling (91.78 peratus), Gombak (72.99 peratus), Kuala Langat (50 peratus), Kuala Lumpur (47.37 peratus) serta Klang dan Shah Alam (38.42 peratus).

"Sebanyak 71 kawasan dalam kumpulan 1 yang sepatutnya pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam tadi masih belum pulih disebabkan penyimpanan air berlebihan oleh pengguna yang mula menerima bekalan air.

Iklan

"Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan ini," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu menasihatkan pengguna supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: www.airselangor.com untuk mendapatkan maklumat sahih berhubung info terkini bekalan air.

"Kami mohon kerjasama pengguna untuk tidak menyebarkan mesej tidak sahih bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna lain" katanya.

Terdahulu, sebanyak 1,292 kawasan di tujuh daerah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi Khamis lalu susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Gangguan bekalan air itu berlaku selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti bertugas akibat pencemaran itu.

Tujuh daerah berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.