Pemimpin Hamas, Hezbollah bertemu di Lubnan

Iklan
Gambar Pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah (kanan) dan Ketua Politik Hamas, Ismail Haniyeh bertemu di sebuah lokasi rahsia di Beirut dalam gambar yang dikeluarkan Pejabat Akhbar Hezbollah semalam. - Foto AFP

BEIRUT - Pemimpin pergerakan Hezbollah dan kumpulan Hamas dari Palestin yang kedua-duanya merupakan musuh Israel bertemu bagi membincangkan hubungan diplomatik antara negara Yahudi itu dengan negara-negara Arab, kata pergerakan dari Lubnan tersebut.

Pada Ahad lalu, Ketua Politik Hamas, Ismail Haniyeh diberikan sambutan seperti seorang wira di Ain al-Helweh iaitu sebuah kem pelarian terbesar Palestin di negara itu.

Iklan
Iklan

Stesen televisyen yang dikendalikan oleh Hezbollah, Al-Manar sebelum ini melaporkan bahawa ketua pergerakan itu, Hassan Nasrallah menegaskan terdapat kestabilan dalam 'paksi penentangan' bagi menentang Israel.

Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan perkembangan politik dan ketenteraan di Palestin, Lubnan dan wilayah-wilayah serantau, kata Al-Manar.

Iklan

Stesen tersebut turut menyatakan, mereka juga membincangkan rancangan Arab untuk menormalkan hubungan dengan Israel serta 'bahaya yang timbul akibat isu Palestin'.

Ia melaporkan pertemuan itu tanpa menyatakan lokasi dan bila ia berlaku.

Iklan

Nasrallah tinggal di lokasi rahsia sejak peperangan antara Hezbollah dengan Israel pada tahun 2006 dan jarang membuat kemunculan awam.

Pada tahun 2014, ketua pergerakan Hezbollah itu berkata, dia kerap mengubah tempatnya menginap.

Pertemuan Haniyeh dan Nasrallah itu berlaku selepas Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju untuk menjalinkan hubungan normal pada 13 Ogos lalu. - AFP