Isu air: MB mohon maaf pada rakyat Selangor

Iklan
Amirudin. Gambar kecil: Permohonan maaf oleh Masdiana yang dibuat menerusi laman sosial, semalam.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf kepada rakyat Selangor susulan penularan gambar yang dimuat naik oleh isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad, kelmarin.

Menurut Amirudin, tindakan isterinya itu hanyalah bertujuan bagi menzahirkan penghargaan terhadap Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang menghantar bantuan bekalan air ke rumahnya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bagaimanapun, perkara itu telah menjadi modal buat sesetengah pihak untuk menyerangnya.

"Tapi tak apalah, saya dan isteri mohon maaf dan harap perkara ini tak dipanjangkan.

Iklan

"Beliau hanya nak sampaikan rasa gembira terhadap bantuan air yang diberikan Air Selangor, setelah seharian menunggu bantuan datang," katanya selepas program Dialog Belanjawan negeri Selangor 2021 di Pusat Perdagangan Setia City, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri MB Selangor mohon maaf

Sebelum ini, Masdiana memuat naik gambar menerusi laman sosial yang memaparkan sebuah lori tangki Air Selangor sedang menghantar bantuan di kediamannya.

Iklan

Namun begitu, gambar tersebut mendapat reaksi negatif daripada segelintir pihak yang beranggapan bahawa keluarga Amirudin mendapat layanan istimewa daripada Air Selangor.

Susulan itu, Masdiana turut memohon maaf berhubung tindakannya itu yang didakwa mengguris hati rakyat ketika berdepan isu gangguan bekalan air di Selangor.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai perkembangan terkini gangguan air di Selangor, Amirudin berkata, sehingga pagi tadi, sekitar 97 peratus akaun pengguna telah menerima bekalan berkenaan.

"Bekalan air telah disalurkan lebih awal dari jangkaan susulan kecekapan kita menangani permasalahan ini dengan berkesan," katanya.