Penunggang basikal, berhemah di jalan raya: Polis

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF: Gambar kecil: Azisman Alias

KUALA LUMPUR - Polis mengingatkan penunggang basikal yang melakukan aktiviti riadah itu menekankan aspek keselamatan dan tidak menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, penunggang basikal terutama yang berkumpulan perlu mengikut peraturan jalan raya dan teratur dalam satu barisan sahaja.

Iklan
Iklan

"Mereka juga diingatkan mengelak melalui jalan yang sibuk serta memilih laluan sesuai supaya tidak menyusahkan pengguna jalan raya yang lain," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau mengulas perkara itu kerana trend berbasikal kini semakin popular tetapi mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Iklan
Iklan