PUCHONG - Anggota bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun selepas kepalanya tersangkut pada jeriji pintu dalam satu kejadian yang berlaku di sekitar Bandar Puchong Jaya, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.03 tengah hari dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi.