MOSCOW - Hampir 500 perniagaan di Jepun muflis ekoran kemerosotan ekonomi disebabkan pandemik koronavirus (Covid-19) yang berterusan sejak Februari, menurut agensi berita Sputnik memetik laporan media pada Isnin.
Sehingga Jumaat, jumlah syarikat yang mengemukakan permohonan muflis atau melancarkan prosedur pembubaran undang-undang mencecah 489, lapor penyiar NHK, memetik firma penyelidikan Teikoku Databank.