IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penjualan tanah dan pasir seperti yang terkandung dalam surat layang baru-baru.
"Saya mengambil maklum laporan yang dibuat oleh Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kepada SPRM berhubung beberapa dakwaan yang terkandung dalam surat layang itu yang tular di media sosial itu.