Dihukum renung kubur mangsa Covid-19 kerana tak pakai pelitup muka

Iklan
Individu yang dihukum berada di kubur mangsa pandemik Covid-19.

JAKARTA - Seramai 54 individu yang ditangkap tidak memakai pelitup muka dihukum merenung kubur mangsa pandemik Covid-19 di kawasan perkuburan Pralayo di Jalan Lingkar Timur Sidoarjo, Jawa Timur.

Hukuman merenung kubur mangsa korban Covid-19 dilaksanakan bermula 11.30 malam sehingga jam 12.15 tengah malam, lapor Kompas.

Iklan
Iklan

Individu yang dikenakan hukuman tersebut diminta untuk duduk di sebelah kubur diterangi lampu.

Namun, lama-kelamaan lampu tersebut akan dipadamkan dan mereka perlu berdoa di hadapan kubur individu yang terkorban akibat Covid-19.

Iklan

Ketua Polis Sidoarjo, Pesuruhjaya Sumardji berkata, pelaksanaan hukuman itu sebagai pengajaran kepada mereka yang tidak memakai pelitup muka ketika pandemik Covid-19.

"Hukuman yang dikenakan secara tidak langsung memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial bagi mengekang penularan wabak Covid-19," katanya.

Iklan