Osman hadir ke majlis Pejuang di Johor

Iklan
Tular di media sosial kehadiran Osman pada majlis Pejuang malam semalam.

JOHOR BAHRU - Kehadiran bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dalam sebuah program Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Johor, malam semalam menghangatkan kembali suasana politik di negeri ini.

Tular beberapa video di media sosial, malah Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas dalam video terbabit dilihat melaungkan kata-kata 'Hidup Pejuang!'

Iklan
Iklan

Osman melalui mesej WhatApps kepada Sinar Harian ketika tanya mengenai kehadirannya dalam program itu menegaskan bahawa beliau hanya memenuhi jemputan rakan lama yang mahu meraikannya.

"Saya pergi kerana memenuhi jemputan kawan-kawan lama yang kebanyakannya juga adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Iklan

"Mereka mahu tahu kedudukan sebenar saya di dalam Bersatu dan simpati dengan saya.

"Mereka ucap terima kasih kerana bersama mereka di Slim baru-baru ini dan mereka belanja makan. Itu saja," tulisnya menerusi mesej itu.

Iklan

Sebelum ini Osman muncul pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim dan menyokong calon bebas pro Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tindakannya itu menyebabkan ada pihak yang mahu beliau dikenakan tindakan disiplin parti termasuk melucutkan keahliannya.

Namun Lembaga Disiplin Bersatu pada Jumaat lalu dilaporkan mengesahkan beliau masih menjadi anggota parti itu.

Pendirian Osman cukup penting kepada Kerajaan Negeri Johor yang kini ditadbir Perikatan Nasional (PN) yang memiliki 29 kerusi, manakala pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) sebanyak 27 kerusi.

Seandainya Osman beralih sokongan kepada pembangkang, DUN Johor yang memiliki 56 kerusi DUN boleh tergantung kepada 28-28.

Sidang DUN Johor akan bermula pada 10 September ini.

ARTIKEL BERKAITAN Dibuang Bersatu: Belum ada surat rasmi, kata Osman