Gempa bumi kuat gegas Banda Sea

Iklan
Pusat gempa terletak 231 kilometer (km) tenggara Ambon di Indonesia, pada kedalaman 186km. Foto: 123RF

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan Banda Sea, Indonesia, kira-kira 8.45 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 231 kilometer (km) tenggara Ambon di Indonesia, pada kedalaman 186km.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.- Bernama