PRN Sabah: MCA sudah kenal pasti calon anak tempatan

Iklan
Ka Siong (tengah) pada sidang media selepas majlis Penganugerahan Penggredan Institut Memandu di Kementerian Pengangkutan hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - MCA sudah mengenal pasti ahlinya daripada 25 bahagian di Sabah yang boleh diketengahkan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi mewakili parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata, tiada calon bidang terjun dipertaruhkan pada PRN tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rakyat Sabah sudah mengenali parti itu yang telah bertapak sejak 29 tahun lalu.

"Orang Sabah memang tahu kita sudah lama, jadi tiada sebab dalam tempoh 29 tahun MCA tiada orang tempatan.

Iklan

"Kalau ikutkan struktur parti MCA, 25 bahagian sudah ada calon anak tempatan," katanya pada sidang media selepas majlis Penggredan Institut Memandu di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Ka Siong berkata, MCA akan berbincang sama ada meletakkan calon di DUN Luyang dan Kepayang sama seperti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu

Iklan

"Kita akan bincang, tak boleh umum awal-awal, tunggu 12 haribulan (hari penamaan calon) kita akan tahu apa yang berlaku.

"Kita perkuatkan parti pemerintah, saya yakin semua akan bekerjasama sebagai keluarga besar," katanya.

Sebanyak 73 kerusi DUN Sabah akan dipertandingkan dalam PRN kali ini, berbanding 60 kerusi pada PRU14, setelah Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah, Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh PRN Sabah dan 12 September sebagai hari penamaan calon, manakala hari mengundi awal pada 22 September.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Pengangkutan menyampaikan sijil pengiktirafan penggredan kepada 79 institut memandu yang mencapai penarafan lima bintang.

Turut diberi sijil pengiktirafan, 16 institut memandu mencapai penarafan empat bintang dan 51 yang lain diiktiraf sebagai tiga bintang.