SPRM siasat kes ladang durian haram di Raub

Iklan
SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan dalam kes dakwaan pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub.

SPRM Putrajaya dalam satu kenyataan hari ini berkata, siasatan dijalankan oleh pihak SPRM Pahang.

Iklan
Iklan

"Ketika ini, SPRM sedang mengumpul maklumat dan meneliti beberapa dokumen berkaitan daripada pihak terlibat.

"Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pencerobohan tanah di Raub untuk melaporkan terus kepada pejabat SPRM berdekatan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiada gengster masuk campur kes durian musang king di Raub


Pahang rugi hasil cukai RM30 juta akibat penanaman durian haram

Iklan

Pada 1 Ogos lalu, Kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri.

Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.

Iklan

Antara kawasan dusun durian di Raub itu ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.