SEOUL - Badan pengawas keselamatan ubat Korea Selatan pada Selasa berkata, pihaknya sudah meluluskan percubaan kit klinikal multi diagnostik yang berupaya mengesan koronavirus (Covid-19) dan influenza secara serentak, lapor agensi berita Yonhap.
Memandangkan musim luruh semakin hampir, pihak berkuasa kesihatan sedang bersiap sedia untuk mengekang jangkitan Covid-19 dan selesema, kerana tidak mudah untuk membezakan kedua-dua kes.