PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan dalam kes pencemaran Sungai Gong, Rawang, Selangor bagi meneliti unsur-unsur rasuah melibatkan mana-mana pihak termasuk agensi penguat kuasa.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu berkenaan untuk tampil memberi kerjasama.