Bekalan elektrik 12 premis judi dipotong

Iklan
Mohd Said menunjukkan meter elektrik yang dipotong.

SEREMBAN - Polis memotong bekalan elektrik di 11 premis komersial dan sebuah rumah di daerah ini yang didapati menjalankan kegiatan perjudian dalam talian sejak tiga bulan lalu.

Operasi bersepadu yang dijalankan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Bandaraya Seremban itu bermula jam 11 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pemotongan bekalan elektrik itu dibuat susulan kedegilan pemiliknya yang masih meneruskan operasi walaupun pernah dikenakan tindakan.

"Berdasarkan maklumat dan risikan polis premis-premis ini telah beroperasi antara dua ke tiga bulan lalu dan telah diambil tindakan sebelum ini.

Iklan

"Namun bila pemeriksaan dilakukan didapati mereka masih degil meneruskan operasi dan alternatif yang kita lakukan ialah terus ambil tindakan potong bekalan elektrik mengikut Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya pada sidang media di lokasi tersebut, hari ini.

Menurutnya, kegiatan perjudian di daerah ini tidak begitu membimbangkan, namun pemantauan dan tindakan akan dilakukan dari masa ke masa.

Iklan

Beliau berkata, berbanding dahulu, aktiviti perjudian kini lebih mudah dilakukan kerana hanya menggunakan telefon pintar.

"Dulu aktiviti perjudian menggunakan mesin besar, tapi sekarang hanya menggunakan tab atau telefon bimbit yang boleh dibawa ke mana-mana dan boleh melakukan aktiviti tambah nilai.

"Biasanya premis judi ini sudah mempunyai pelanggan sendiri yang telah dikenal pasti, bukannya sesiapa saja dibenarkan masuk," katanya.