Bersatu terima 500 borang keahlian

Iklan
Abu Bakar (tiga, kanan) menerima borang keahlian Bersatu daripada anak Sabah diwakili Adzmi.

RAWANG - Sebanyak 500 borang keahlian Bersatu anak Sabah diserahkan dalam program Jalinan Silaturahim Warga Sabah di Wakaf al-Quran, Bandar Country Homes di ,sini hari ini.

Borang tersebut diserahkan Pengerusi Pertubuhan Kinabalu Bersatu, Adzmi KK Juatan kepada Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya.

Iklan
Iklan

Abu Bakar berkata, keahlian menyertai bersatu dimohon individu terdiri anak Sabah yang tinggal di Selangor dan Semenanjung.

"Anak-anak Sabah nak jadi ahli Bersatu tapi mendaftar di sini (Semenanjung), bila sampai waktu pilihan raya jika pulang ke Sabah mereka akan sokong parti Warisan dan PH.

Iklan

"Di Sabah tak ada parti Bersatu sebaliknya yang ada parti Warisan maka kita hormat dan akur atas semangat PH. Tapi bagi mereka yang tinggal di sini, mereka mahu sertai Bersatu kita tiada halangan yang penting mereka sokong PH,” katanya.

Sementara itu, Adzmi berkata, Pertubuhan Kinabalu Bersatu itu mendaftarkan 2,500 anak Sabah menyertai Bersatu di Selangor.

Iklan

"Selepas ini, kami akan bergerak ke Johor Bharu dan kemudian ke Pulau Pinang untuk berjumpa anak Sabah mengajak mereka sertai Bersatu bagi yang berminat,” katanya.

Menurutnya, pertubuhan tersebut diwujudkan pada awal Oktober tahun lalu untuk menjaga kebajikan anak-anak Sabah dan bancian mereka terdapat 40,000 anak-anak Sabah di negeri Selangor.