Keputusan bantah pernyataan Mohd Hazem, Khamis ini

Iklan
Peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Keputusan permohonan pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membantah beberapa paragraf pernyataan saksi bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd Hazem Abdul Rahman di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguh ke Khamis ini.

Ia susulan bantahan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kesahihan maklumat mengenai ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low.

Iklan
Iklan

Ketika prosiding di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, Muhammad Shafee yang mewakili Najib dalam kes terima rasuah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram Muhammad Shafee berkata, tiada bukti dapat diberi kepada mahkamah apabila saksi mengaitkan Jho Low, 1MDB dan sebuah parti politik.

"Yang Arif, saya mengulangi pendirian, sama seperti semalam bahawa isu yang ditimbulkan itu tiada dapat dipastikan kebenarannya.

Iklan

"Yang Arif perlu membuat keputusan, jika tidak ia akan menyebabkan perbicaraan ini menjadi rumit,” katanya.

Ini kerana, beliau berkata, pernyataan menggunakan keterangan berasaskan khabar angin atau dengar cakap tidak boleh diterima.

Iklan

Bagaimanapun, ia dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram apabila memohon mahkamah untuk mendengar keterangan kepada Mohd Hazem terlebih dahulu.

Sri Ram berkata, ia berdasarkan Seksyen 32(1)(b) Akta Keterangan mengenai pernyataan seseorang yang tidak dapat dikesan.

"Sebarang pertikaian mengenai keterangan seseorang yang tidak dapat dikesan akan ditentukan oleh hakim di akhir kes pendakwaan.

Setelah mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, Sequerah berkata, mahkamah akan membuat keputusan mengenai permohonan itu dalam prosiding seterusnya.