Ketua mafia gigit, telan jari pengawal penjara

Iklan
Gambar hiasan

ROM - Seorang ketua mafia yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dilaporkan menggigit dan menelan jari pengawal penjara dalam satu pergaduhan, lapor berita Itali hari ini.

Menurut laporan akhbar Il Messagero, Guiseppe Fanara, 60, menjalani hukuman di penjara Rebibbia di Rom bertindak menyerang tujuh pengawal pada Jun lalu ketika mereka datang untuk memeriksa selnya.

Iklan
Iklan

"Semasa pergaduhan itu, Fanara menggigit jari kelingking tangan kanan mangsa. Jari tersebut hilang dan menyebabkan seorang pendakwa di Rom membuat kesimpulan bahawa ia telah dimakan," lapor Il Messagero.

Sejak itu, Fanara daripada kumpulan Cosa Nostra yang terkenal di Sicily dipindahkan ke penjara Sassari dengan keselamatan tinggi di Sardinia.

Iklan
Iklan

Dia turut menghadapi tuduhan baharu termasuk serangan serta menentang penangkapan. - AFP