SEREMBAN - Polis hari ini menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang meninggal dunia Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, dua wanita dan seorang lelaki terbabit ditahan susulan laporan polis yang diterima pihaknya pada 5 September lalu.