'Siapa sebenarnya bimbang 'kesedaran' anak muda?'

Iklan
Mohd Hairi

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah membidas dakwaan Naib Ketua Pemuda Parti Amanah (Amanah) Johor, Asim Abdullah yang mendakwa Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad bimbang dengan kebangkitan golongan muda di negeri ini.

Mohd Hairi berkata, tiada sebab atau asas untuk bimbang kerana Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor itu bersama-sama dengan 'kesedaran' anak muda untuk menerajui negeri tercinta ini.

Iklan
Iklan

"Jadi, siapa sebenarnya yang berasa bimbang dengan 'kesedaran' anak muda ketika ini? Tepuk dada tanya selera," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam Asim dalam satu kenyataan mendakwa Hasni bimbang dengan kebangkitan golongan muda di negeri ini lebih-lebih lagi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) anak muda merupakan penentu untuk membentuk sebuah kerajaan.

Iklan

Asim juga mendakwa kerajaan negeri sehingga hari ini masih tidak mengumumkan dasar tersusun untuk membantu golongan muda terutama pasca pandemik koronavirus (Covid-19).

Kelmarin Hasni berkata, penubuhan sebuah parti politik khusus buat orang muda seperti dicadangkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah tidak relevan dan hanya akan melaga-lagakan parti sedia ada.

Iklan
Hasni

Mohd Hairi berkata, sejak Hasni mengambil alih tampuk pemerintahan negeri selepas tumbang kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Johor pelbagai usaha telah dilakukan untuk anak muda di negeri ini.

"Tentunya anak muda tidak akan diabaikan oleh kerajaan negeri kerana kita sedar kepimpinan masa kini perlu melihat kepentingan anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara," katanya.

Justeru beliau berkata, penting seperti ditekankan Hasni, orang muda dan 'orang lama' perlu bersama-sama untuk membentuk perpaduan bukan sahaja di Johor malah di seluruh negara.

Katanya, sekarang bukan untuk bercakap soal kebangkitan anak muda tetapi 'kesedaran' anak muda, buktinya dalam PRU14 golongan itu bangkit dengan membuat keputusan memilih PH menerajui pemerintahan negara.

"Tetapi akhirnya anak muda sedar bahawa keputusan mereka memilih PH pada PRU14 adalah keputusan yang salah. Bukan sebulan tetapi 22 bulan PH berkuasa di negara ini, apa mereka lakukan untuk anak muda yang mengundi mereka pada PRU14?

Dakwanya, dalam tempoh 22 bulan memerintah, rakyat termasuk anak muda terluka dan terkesan dengan kerajaan Pusat pimpinan PH yang dilihat gagal menunaikan janji manifesto dan menjaga hak serta kepentingan rakyat.

"Kita tidak perlu ambil semua manifesto PH sebab majoritinya tidak ditunaikan, kita ambil contoh terdekat dengan anak muda isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Adakah pinjaman itu dimansuhkan?" soalnya lagi.