Lebih 220 anggota polis Filipina dijangkiti Covid-19

Iklan
Filipina menjadi negara paling teruk dijangkiti Covid-19 di kalangan negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara.

ANKARA - Sekurang-kurangnya 223 lagi anggota polis disahkan positif koronavirus (Covid-19) di Filipina, menurut agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Filipina.

Jumlah jangkitan dalam kalangan anggota polis kini mencecah 4,785 termasuk 16 kematian dan 3,135 pemulihan.

Iklan
Iklan

Negara ini menjadi negara paling teruk dijangkiti Covid-19 di kalangan negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara.

Terdapat 3,281 kes baharu yang dilaporkan di negara ini pada Selasa meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 241,987, menurut Kementerian Kesihatan.

Iklan
Iklan

Sekurang-kurangnya 3,916 pesakit telah meninggal dunia setakat ini, manakala185,178 telah pulih. - Bernama