RM627.1 juta disalur kepada KKM perangi Covid-19

Iklan
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan menyalurkan sejumlah RM627.1 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 28 Ogos 2020 dalam usaha untuk meningkatkan keupayaannya memerangi pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ia adalah peningkatan daripada RM515.0 juta yang disalurkan setakat minggu sebelumnya.

Iklan
Iklan

"Pembendungan pandemik Covid-19 adalah faktor kritikal dalam pemulihan ekonomi,” katanya dalam laporan Laksana ke-20 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (Penjana) yang dikeluarkan di sini hari ini.

Di bawah pakej rangsangan Prihatin, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion untuk program pembendungan penularan pandemik tersebut bagi membiayai pembelian peralatan perubatan, peralatan perlindungan diri (PPE) dan keperluan makmal untuk saringan Covid-19. - Bernama

Iklan
Iklan