Semangat SuperKIP tetap membara berlumba di Misano

Iklan
Aksi Khairul Idham (kanan) bersama McPhee pada GP Andalusia lalu. - Foto SIC

BIARPUN baru selesai menjalani pembedahan jari tangan kanannya baru-baru ini, pelumba Moto3 Petronas Yamaha SRT, Khairul Idham Pawi tetap teruja untuk mengharungi perlumbaan pada Grand Prix (GP) San Marino, hujung minggu ini.

Khairul Idham yang juga terkenal dengan gelaran SuperKip berkata, dia turut mendapat pengesahan daripada doktor bagi menyertai perlumbaan di Litar Misano itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, doktor turut mengesahkan bahawa luka akibat pembedahan berkenaan tidak serius dan dia masih boleh berlumba.

"Saya berjumpa doktor semalam (kelmarin) dan dia mengesahkan saya boleh berlumba.

Iklan

"Walau pun masih terasa sakit pada kawasan yang dibedah, tetapi ia tidak keterlaluan dan saya memang menaruh harapan untuk berlumba buat kali pertama setelah menjalani pembedahan.

"Bagaimanapun, saya tidak menyasarkan apa-apa matlamat kali ini; cuma berharap agar saya kembali sembuh seperti sediakala da saya mampu kembali berlumba dan membantu kejayaan pasukan," katanya.

Iklan

Khairul Idham bagaimanapun difahamkan masih perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terakhir di Litar Misano sebelum disahkan cergas untuk berlumba.

Untuk rekod, Khairul Idham terpaksa menarik diri daripada GP Austria bagi membolehkannya menjalani pembedahan jari tangannya 25 Ogos lalu.

Terdahulu, pelumba berusia 22 tahun itu terlibat dalam kemalangan di Litar Brno sempena GP Republik Czech pada 9 Ogos.

Sementara itu, rakan sepasukannya John McPhee pastinya mahu mencatatkan keputusan terbaik bagi meraih mata dalam usaha mengukuhkan kedudukan dalam senarai kejohanan dunia kali ini.

Malah katanya, dia kini bersedia dan teruja untuk mencabar kedudukan podium kali ini seperti yang pernah dilakukannya tahun lalu apabila menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua.

"Saya kini bersedia. Saya telah menikmati tempoh rehat selama dua minggu lalu dan saya akan cuba untuk mencabar kedudukan podium di Litar Misano sekali lagi.

"Selepas ini, saya bakal melalui tiga lagi perlumbaan berturut-turut selepas ini; setelah mengharungi sembilan perlumbaan dalam tempoh 11 minggu!" katanya.