Enam kedai makan diarah tutup, 53 diberi notis

Iklan
Keadaan yang tidak terurus dan kurang bersih di salah sebuah kedai di Pasir Mas.

PASIR MAS - Jabatan Kesihatan Kelantan mengarahkan enam buah premis pengendali makanan di jajahan ini ditutup selama 14 hari berkuat kuasa serta-merta selepas gagal mencapai standard kebersihan yang ditetapkan.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, penutupan premis itu bertetapan dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Iklan
Iklan

"Kita ambil serius perkara ini kerana ia melibatkan soal kesihatan dan keselamatan orang ramai dalam membeli makanan.

"Kita juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan seperti ditetapkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Terdahulu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 06/2020 di jajahan Pasir Mas hari ini.

Anggota dari Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan sedang menjalankan Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 06/2020 di Pasir Mas hari ini.

Menurutnya, sepanjang operasi itu sebanyak 65 notis kompaun berjumlah RM13,100 dikeluarkan kepada pemilik premis dan pengendali makanan di jajahan ini.

Iklan

"Kompaun melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan pelanggaran Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

"Menjadi tanggungjawab pemilik premis dan pengendali makanan untuk memastikan premis mereka bersih pada setiap masa," katanya.

Dr Zaini berkata, jabatannya akan melakukan pemeriksaan mengejut secara berkala untuk melihat kepatuhan pemilik premis dan peniaga dalam aspek kebersihan.

"Kita sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan jika ada sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan boleh hubungi Pejabat Kesihatan daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan negeri terdekat.

"Sebarang aduan boleh disalurkan menerusi laman web http://jknkelantan.moh.gov.my/v3/ atau Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan https://www.facebook.com/HealthofKelantan," katanya.