MDKL kini majlis pembandaran

Iklan
Amirul Azizan (kanan) bersama Amirudin (dua dari kanan) pada Majlis Pengisytiharan Sempena Menjunjung Titah Sultan Selangor Bagi Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di Dewan Seri Jugra, Banting hari ini.

BANTING - Daerah Kuala Langat mencipta sejarah tersendiri apabila Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) diisytiharkan secara rasmi.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, pihaknya berbesar hati atas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengisytiharkan MPKL.

Iklan
Iklan

"Kejayaan MPKL mendapat perakuan untuk naik taraf sebagai sebuah majlis perbandaran adalah hasil kerja keras yang memakan tahun untuk direalisasikan bagi meyakinkan kerajaan negeri dan seterusnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Keberhasilan untuk mencapai misi dan objektif sesebuah organisasi adalah hasil kolektif yang berkesan. Usaha untuk memajukan permohonan naik taraf perbandaran dimulakan pada tahun 2007 lagi," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pengisytiharan Sempena Menjunjung Titah Sultan Selangor Bagi Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kuala Langat di Dewan Seri Jugra di sini hari ini.

Menurutnya, tahun 2020 menjadi permulaan MPKL untuk melakar kecemerlangan sebagai dekad baharu pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang memberi penumpuan dan fokus terbaik.

Iklan

"MPKL akan merangka serta melaksanakan projek pembangunan yang berimpak tinggi termasuklah untuk kemudahan infrastruktur awam, memajukan kawasan pelancongan dan menjaga warisan sejarah serta alam semulajadi seiring sebagai pembangunan yang mampan dan lestari.

"Peningkatan jumlah penduduk melalui pemajuan kawasan-kawasan yang baharu di daerah ini bakal menyaksikan perkembangan dari segi sosioekonomi yang lebih rancak seperti di Bandar Saujana Putra, Rimbayu, Tropicana Aman, Eco Santuari, IJM, Gamuda Cove dan sebagainya.

Katanya, dari segi geografi, daerah ini mempunyai kedudukan strategik apabila bersempadan dengan kawasan pintu utama keluar-masuk.

"Antaranya (Pelabuhan Klang dan KLIA), kemudahan mobiliti darat melalui jaringan lebuh raya seperti ELITE, South Klang Valley Expressway (SKVE) dan peluasan jajaran laluan West Coast Expressway (WCE) Banting - Taiping juga menjadikan daerah ini sebagai hab yang sesuai untuk aktiviti ekonomi," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.