Bomba Fighters intai slot separuh akhir

Iklan
Antara aksi menarik pertemuan Bomba Fighters menentang Kedah Eagles pada saingan STL 2020 Divisyen Satu di Stadium Titiwangsa semalam.

BOMBA Fighters bertekad meraih kemenangan dalam aksi terakhir menentang PSM Mavericks dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2020 Divisyen Satu di Stadium Titiwangsa hari ini.

Penolong Pengurus Bomba Fighters, Norizaan Saad berkata, pasukannya perlu meraih mata penuh dalam usaha untuk melayakkan diri ke saingan separuh akhir yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Iklan
Iklan

"Kita akan menentang pasukan yang menewaskan Kedah Eagles iaitu PSM Maveriks dan kita nampak pasukan ini mempunyai reputasi yang baik.Tetapi, kami tak gusar kerana Bomba Fighters tetap akan berikan tentangan yang hebat untuk meraih mata penuh.

"Kita juga memerlukan kemenangan untuk meneruskan kemaraan ke separuh akhir. Kita akan teruskan perjuangan esok (hari ini) dan pemain sudah bersedia membuktikan kemampuan.

Iklan

"Saya harap momentum kemenangan menentang Kedah Eagles dapat diteruskan dan hasrat kita memberikan cabaran sebagai pendatang baharu dalam STL ini akan tercapai," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bomba Fighters membuka tirai Divisyen Satu dengan kekalahan kepada Putrajaya Cyborg 10-21,18-21 sebelum bangkit melakar kemenangan ke atas Kedah Eagles 21-19,21-16 semalam.

Iklan

Mengenai pertemuan menentang Kedah Eagles itu, Norizan mengakui strategi yang diatur berjaya membuahkan hasil dan dilaksanakan dengan baik oleh pemain.

"Semalam (kelmarin) kita bermula dengan kekalahan, hari ini (semalam) kita telah berjaya menang dengan Kedah Eagles. Alhamdulillah dengan strategi yang kita rancangkan pada hari ini berjaya diterjemahkan dengan baik oleh pemain di atas gelanggang.

"Pemain berjaya bangkit dengan baik selepas kekalahan kepada Putrajaya Cyborg. Kredit kepada pemain dan jurulatih yang tidak berputus asa walaupun kita pasukan baharu saingan kali ini," katanya.