ISKANDAR PUTERI - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Yang Ke-14 di Kota Iskandar di sini hari ini.
Muhyiddin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir yang hadir persidangan DUN tersebut di Bangunan Sultan Ismail pada jam 10.50 pagi disambut oleh Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.