ALOR GAJAH - 'Berat sebenarnya hati nak datang mengenangkan anak bongsu pak cik telah tiada, namun memikirkan inilah pengorbanannya yang berjaya menyambung pengajian di universiti, pak cik kuatkan hati walaupun sedih dan sebak,' demikian luah, Mukhtar Ismail, 62.
Mukhtar hadir ke Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) ke-14 untuk mewakili anaknya, Allahyarham Mohd Faizal.
Persara tentera itu menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik daripada Canselor UTeM, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob di Dewan Canselor Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, bersama dua lagi penerima anugerah khas ketika majlis itu tadi.
Mukhtar berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu bukan sahaja sentiasa menyenangkan hatinya namun arwah yang disifatkan pendiam setelah pemergian isteri akibat serangan jantung pada 2009, merupakan anak yang baik dan mendengar kata.
Menurutnya, arwah yang sebelum ini menamatkan pengajian diploma di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas), Kedah pernah meluahkan hasrat untuk bekerja di luar negara namun tidak kesampaian.
Katanya, sudah pasti pelbagai perasaan bercampur-baur memandangkan dia menjadi ayah dan 'ibu' kepada anaknya itu sejak Mohd Faizal di Tingkatan Empat lagi.
"Ketika dihubungi pihak UTeM, pak cik tak mahu hadir ambil ijazah arwah kerana risau tak dapat menahan kesedihan.
"Namun bila anak-anak yang lain beri semangat dan mengenangkan UTeM juga banyak membantu dan memberikan kerjasama termasuk dari arwah meninggal mereka datang ziarah di Ipoh, Perak saya kuatkan semangat untuk datang," katanya.
Tambahnya, kehilangan dua insan tersayang iaitu isteri dan anak dalam rumah sendiri disebabkan sakit jantung pasti memberi tamparan hebat buat dirinya namun reda dan yakin setiap ketentuan ALLAH SWT ada hikmahnya.
Mohd Faizal, 20, meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik tidur di rumahnya di Ipoh pada 3 Julai tahun lalu yang ketika itu juga merupakan Syawal ke sembilan umat Islam menyambut Aidilfitiri.