NGO desak MB Selangor letak jawatan, roboh semua kilang haram

Iklan
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan operasi sebelum ini susulan pencemaran di Sungai Gong.

SHAH ALAM - Sekretariat Badan Bukan Kerajaan (NGO) Bertindak Prihatin Rakyat Selangor menggesa agar semua kilang haram yang beroperasi di negeri ini dirobohkan segera.

Menerusi satu kenyataan bersama, 27 NGO menyokong agar tindakan itu diambil berikutan gangguan bekalan air sebelum ini telah memberi kesan terhadap 1.2 juta rakyat di Selangor.

Iklan
Iklan

Katanya, tadbir urus oleh kerajaan Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat tidak telus sehingga menyebabkan permasalahan itu berlaku.

"Tadbir urus yang tidak telus menyebabkan kilang-kilang haram dapat beroperasi dan menghasilkan keuntungan jutaan ringgit sedangkan rakyat terus tertekan," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, sekretariat terlibat turut menggesa agar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meletak jawatan susulan kegagalannya menguruskan insiden gangguan bekalan air tersebut.

"Seluruh NGO/NGI sekata mendesak agar Menteri Besar Selangor bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan," katanya.

Iklan

Sebelum ini, Amirudin memaklumkan kerajaan Selangor akan meneruskan program pemutihan kilang haram yang dijalankan sejak 2008 lalu sehingga akhir tahun ini sebagai antara usaha untuk memelihara kawasan sungai di negeri ini.

Amirudin berkata, program pemutihan itu sebelum ini tidak begitu mendapat sambutan daripada pemilik kilang terlibat berikutan faktor kos yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima cubaan cemar sungai berjaya dihalang dalam dua bulan