UMK mahu lahir graduan huffaz Hi-Tech

Iklan
Kerjasama yang terjalin sejak 2017 dimeterai secara rasmi melalui MoU yang ditandatangani antara UMK dan Luncai Emas di UMK Kampus Bachok hari ini.

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berhasrat melahirkan graduan huffaz berteknologi tinggi (Hi-Tech) menerusi pengambilan pelajar lepasan sekolah tahfiz bagi mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (IT) di universiti itu bermula tahun depan.

Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Noor Azizi Ismail berkata, pelaksanaan Pilot Projek Bachelor of Information Technology melibatkan 20 hingga 30 hafiz yang memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahfiz berdaftar dan terpilih di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, usaha itu mendapat kerjasama daripada tiga pemain industri utama iaitu Huawei, Ali Baba dan Microsoft.

"Perkara ini dibincangkan dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK), Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) dan beberapa pihak bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

Iklan

"Bidang pengajian ini memakan masa empat tahun dimulakan dengan kursus pendek (Asasi) setahun dan diikuti tempoh pengajian kursus Ijazah Sarjana Muda selama tiga tahun,” katanya kepada pemberita di UMK Kampus Bachok di sini hari ini.

Terdahulu beliau menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMK dan Luncai Emas Sdn Bhd oleh Pengarah Urusan, Datuk Dr Mohd Nasir Mohamed atau artis lagenda, M Nasir.

Iklan
Noor Azizi (kanan) dan M Nasir bertukar perjanjian yang dimeterai antara UMK dan Luncai Emas selama lima tahun bagi pembangunan seni serta warisan.

Noor Azizi berkata, pihaknya mahu hafiz mampu menghafal al-Quran dan berkemahiran dalam bidang profesional seperti sains mahupun kejuruteraan termasuk mencipta aplikasi sekaligus mengembalikan zaman kegemilangan Islam satu ketika dulu.

"UMK ingin membawa Kelantan menjadi hab saintis Muslim terkemuka yang tidak lagi bergantung kepada orang luar untuk mencipta perisian program IT dan sebagainya.

"Pada zaman kegemilangan Islam dahulu ramai saintis yang terkenal adalah dalam kalangan Islam, jadi kita mahu mengembalikan zaman itu dan pada masa yang sama dapat memahami al-Quran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, MoU antara UMK dengan Luncai Emas Sdn Bhd dimeterai selama lima tahun bertujuan memperkasakan seni muzik warisan serta keusahawanan seni dalam kalangan penuntut UMK dan penggiat seni Kelantan.

"Kerjasama antara UMK dan Luncai Emas sudah dimulakan sejak 2017 dan mahu buka peluang lebih besar kepada pelajar dengan mendedahkan mereka ke dunia sebenar melalui pengalaman dimiliki M Nasir sebagai otai dalam seni tanah air.

"Projek yang dilaksanakan termasuk bengkel video dan bikin lagu, Dokumentari Bunyi dan Mathnawai. Saya mahu graduan UMK menjadi orang seni yang juga berjaya dalam konteks perniagaan,” katanya.