PCS tanding semua kerusi, calon 3 DUN masih dinilai

Iklan
Anifah bersama pemimpin PCS pada majlis pengumuman calon PCS PRN Sabah hari ini.

KOTA KINABALU - Parti Cinta Sabah (PCS) mengumumkan akan bertanding di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung 26 September ini.

Presiden PCS, Datuk Seri Anifah Aman berkata, seramai 70 calon telah ditentukan, manakala tiga lagi calon masing-masing melibatkan DUN Banggi, Matunggong dan Sulaman masih dinilai parti itu.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga bekas Menteri Luar turut mengumumkan akan bertanding di DUN Bongawan, manakala bekas Menteri Sains; Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin bakal bertanding di DUN Kundasang.

"Timbalan Presiden, Datuk Seri Wilfred Bumburing pada kali ini tidak akan bertanding dan beliau menyatakan akan membantu calon-calon KDM (Kadazan Dusun Murut). Ini adalah pengorbanan besar beliau dan kita akan angkat beliau sebagai calon Parlimen nanti.

Iklan
Anifah bersama pemimpin PCS pada majlis pengumuman calon PCS PRN Sabah hari ini.

"PCS mengambil keputusan untuk meletakkan calon di semua kawasan kerana mahu menunaikan permintaan penyokong parti di kawasan yang bertanding,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon PCS di sini hari ini.

Anifah berkata, pihaknya percaya semua kawasan di Sabah menginginkan calon daripada PCS dan mahu calon yang dapat berkhidmat untuk rakyat.

Iklan

"Saya yakin kita akan menang di semua kawasan kerana kita mahu parti tempatan Sabah tanpa dibantu parti dari semenanjung yang mentadbir negeri ini. Itu yang rakyat mahukan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 12 September ini untuk penamaan calon bagi PRN Sabah manakala pada 26 September untuk hari pengundian.