Mendy makin hampiri Stamford Bridge

Iklan
Prestasi cemerlang Mendy bersama Rennes mendapat perhatian Chelsea.

PENJAGA gol kelahiran Senegal, Edouard Mendy bakal muncul sebagai pemain terbaharu yang menyertai Chelsea menjelang saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mendy hampir pasti berhijrah ke Stamford Bridge dengan harga 25 juta (RM135 juta) dalam masa terdekat, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai masa depan penajag gol utama Chelsea, Kepa Arrizabalaga.

Iklan
Iklan

Namun, Arrizabalaga tidak begitu tertekan dengan kehadiran Mendy, sebaliknya dia percaya mampu bersaing secara sihat dengan penjaga gol kelab Rennes berusia 28 tahun itu.

Presiden Rennes, Nicolas Holveck pula mengesahkan bahawa pihaknya kini sedang berbincang dengan Chelsea dalam urusan perpindahan Mendy ke Stamford Bridge pada musim panas ini.

Iklan

"Saya cukup faham keinginannnya, dia (Mendy) ada memberitahu kami. Tetapi buat masa ini, belum ada sebarang perjanjian dibuat dan untuk itu, kami memerlukan kesepakatan antara kesemua pihak," katanya.

Kini selepas membantu Rennes menduduki kelompok tiga teratas Ligue 1 selain tampil dengan rekod bersih dalam sembilan perlawanan, ketangkasan Mendy menarik perhatian legenda Chelsea, Petr Cech yang mengesyorkan The Blues mendapatkan khidmat penjaga gol berketinggian 1.9 meter itu.

Iklan