PKPD: Tujuh sekatan jalan menghala ke Kota Setar

Iklan
Anggota polis menutup jalan di simpang tiga Kepala Batas, Alor Setar bagi menghalang orang ramai masuk ke Daerah Kota Setar semalam.

ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Polis melaksanakan sekatan jalan raya ke atas tujuh jalan utama menghala ke Kota Setar bermula 12 tengah malam tadi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) Secara Pentadbiran di daerah ini bagi mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19) Kluster Sungai dan Telaga.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, tujuh jalan tersebut ialah di hadapan Restoran Haji Ramli Simpang Empat, Jalan Batas Paip, Kuala Kedah, hadapan Balai Polis Alor Janggus, hadapan Balai Polis Kepala Batas, Jalan Hutan Kampung, Tol Alor Setar Utara dan Tol Alor Setar Selatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sekatan jalan raya itu dibantu dengan kekuatan 350 pegawai dan anggota polis serta pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan tidak berlaku kegiatan keluar masuk ke daerah Kota Setar sehingga 25 September depan.

Tujuh jalan ditutup iaitu di hadapan Restoran Haji Ramli Simpang Empat, Jalan Batas Paip, Kuala Kedah, hadapan Balai Polis Alor Janggus, hadapan Balai Polis Kepala Batas, Jalan Hutan Kampung, Tol Alor Setar Utara dan Tol Alor Setar Selatan.

"Sebanyak 21 pasukan pemantau akan digerakkan mengikut waktu yang telah ditetapkan sebagaimana Perintah Kawalan Pergerakan terdahulu selain memperketatkan pemantauan di laluan tikus," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Kepala Batas, dekat sini semalam.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: PKPD Pentadbiran dikuat kuasa di daerah Kota Setar mulai esok

Sultan Kedah titah agar rakyat tenang, tidak panik

Iklan

Mohd Redzuan juga memohon majikan supaya mempertimbangkan untuk membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah berikutan beberapa kluster di daerah ini agak serius.

Jelasnya, polis banyak menerima pelbagai pertanyaan dan permohonan bagi kebenaran bekerja di dalam kawasan PKPD Pentadbiran.

Semalam kerajaan mewartakan PKPD Pentadbiran di daerah Kota Setar selepas peningkatan kes Covid-19 yang dikuatkuasakan mulai 11 September pukul 12.01 tengah malam hingga 25 September depan.