'Contohi ketegasan, keberanian Ayob Khan'

Iklan
Ayob Khan Mydin Pitchay - Foto fail Bernama

JOHOR BAHRU - Kesungguhan, ketegasan dan keberanian Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memerangi kegiatan negatif terutama jenayah rentas sempadan harus dijadikan contoh semua pihak.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata, ketegasan Ayob Khan akan menjadikan Johor sebuah negeri lebih selamat dan mencapai tahap pengurusan berkualiti tinggi.

Iklan
Iklan

"Tahniah kepada Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay atas kejayaan memerangi jenayah serta kegiatan negatif sejak menyandang jawatan pada Mac tahun ini.

Pada 4 Jun lalu polis Johor menahan 40 suspek utama yang menjadi dalang penyeludupan migran di pantai timur Johor melibatkan ejen mengurus keluar masuk migran, menguruskan pengangkutan, tekong darat, tekong laut dan penjaga rumah penampungan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Sindiket penyeludupan migran di Johor tumpas

Empat pegawai imigresen, marin ditahan

Iklan

Tiga anggota polis trafik minta rasuah ditahan

Seludup migran: Akaun suspek, keluarga dibekukan

51 Geng Otong seludup migran didakwa

Susulan itu 23 pegawai dan anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua ditahan dari 13 hingga 18 Jun lalu disusuli serbuan pada 23 dan 25 Jun lalu kerana bersekongkol dengan sindiket penyeludupan migran dan dadah.

Solihan berkata, Ayob Khan yang sebelum ini menjawab jawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman seorang yang tegas tetapi mudah dihubungi.

Katanya, beliau juga sering bersama-sama dalam program kerajaan negeri dan kehadirannya bagus untuk menunjukkan polis bersama-sama rakyat dalam membangunkan negeri.

"Saya sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Johor juga sedia bekerja sama dan memerlukan sokongan beliau dalam aktiviti berkaitan," ujarnya.