Kebakaran di Beirut didakwa sabotaj antarabangsa

Iklan
Beberapa anggota bomba memadamkan kebakaran di gudang pelabuhan Beirut semalam. - Foto AFP

BEIRUT - Presiden Lubnan, Michel Aoun mendakwa kebakaran besar di pelabuhan Beirut mungkin merupakan satu tindakan sabotaj antarabangsa.

"Kebakaran yang berlaku hari ini (semalam) kemungkinan satu tindakan sabotaj antarabangsa hasil daripada kesilapan teknikal, kejahilan atau kelalaian.

Iklan
Iklan

"Dalam semua kes, punca (kebakaran itu) perlu diketahui dengan seberapa segera," menurut pejabat presiden itu semalam.

Semalam satu kebakaran besar dilaporkan berlaku di pelabuhan Beirut iaitu tapak kejadian letupan besar yang berlaku pada Ogos lalu.

Iklan

Ia berlaku di gudang tempat penyimpanan bantuan bekalan makanan sekali gus menjejaskan operasi kemanusiaan dan mencetuskan kemarahan penduduk yang sebelum

ini mengalami kejutan akibat letupan besar di pelabuhan tersebut.

Iklan

Pada 4 Ogos lalu, satu letupan ammonium nitrat yang kuat di pelabuhan Beirut menyebabkan sekurang-kurangnya 190 orang terbunuh, ribuan cedera dan sebahagian

kawasan mengalami kemusnahan teruk. - Agensi