Banjir kilat: Khalid Samad sindir Annuar Musa

Iklan
Ciapan Khalid di laman Twitternya pagi ini.

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad sempat menyindir Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang turun padang melawat Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kelab Sultan Sulaiman di Kampong Bharu, ibu negara, semalam.

Katanya, selain seorang perancang bandar profesional, Annuar juga banyak pengalaman menangani banjir di Kelantan yang berdepan masalah itu selama berpuluh-puluh tahun.

Iklan
Iklan

"Semoga pengalaman harungi banjir di Kelantan digunakan sebaik-baiknya," katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Annuar tunggu laporan penuh banjir kilat landa ibu kota

Iklan

Lembah Klang dilanda banjir kilat

Bomba selamatkan 15 mangsa banjir kilat

Iklan

Kenyataan Khalid itu sebagai respons terhadap ciapan Informasi Wilayah bahawa Annuar turun padang melawat Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kelab Sultan Sulaiman di Kampong Bharu sejurus mendapat perkhabaran bahawa Kampung Periuk terlibat dengan banjir kilat yang agak teruk.

Hujan yang bermula sejak tengah hari dan berterusan sehingga lewat semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di pusat bandar serta sekitar Lembah Klang dinaiki air.

Limpahan Sungai Klang menyebabkan sekitar Masjid Jamek termasuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek serta hadapan Bank Muamalat Jalan Melaka yang terletak di tepi sungai itu menjadi 'pulau' dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal ditenggelami air.