Ziyech bikin Lampard pening kepala

Iklan
Ziyech (tengah) antara muka baharu yang menyertai Chelsea musim ini.

PEMAIN baharu Chelsea, Hakim Ziyech disahkan tidak dapat beraksi bersama pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brighton & Hove Albion Selasa ini.

Perkara itu disahkan pengendali The Blues, Frank Lampard selepas pemain yang baharu dibeli dengan harga 38 juta pound (RM211.33 juta) itu mengalami kecederaan lutut pada aksi persahabatan Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Situasi itu sekali gus menyaksikan Ziyech menyertai dua lagi pemain baharu Chelsea yang tidak akan dapat beraksi iaitu Thiago Silva dan Ben Chilwell.

"Ziyech mengalami kecederaan ketika aksi persahabatan bertemu Brighton dan tidak akan sempat pulih sebelum musim bermula. Kami sedang berusaha agar masalah kecederaannya dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat tetapi kami perlu menunggu terlebih dulu.

Iklan

"Chilwell masih lagi berusaha mendapatkan tahap kecergasan terbaik. Dia juga akan terlepas perlawanan bertemu Brighton.Thiago Silva pula baru berada di London tetapi dia tidak akan turun berlatih sehingga hujung minggu ini," katanya.

Dalam pada itu, Lampard menyifatkan berita mengenai pemain tengah, Mason Mount yang bimbang mengenai tempatnya dalam skuad The Blues berikutan ketibaan Kai Havertz adalah palsu.

Iklan

"Saya mahu jelaskan, saya akan bertindak adil dalam membuat pilihan kesebelasan utama. Saya akan memilih mereka yang memberikan prestasi cemerlang dalam sesi latihan. Semua pemain perlu positif, berlatih dan bermain dengan sebaik mungkin," katanya.

Mount, 21, menikmati detik cemerlang musim lalu apabila telah beraksi sebanyak 37 kali dalam saingan EPL serta menjaringkan tujuh gol dan membuat lima bantuan gol.