Solskjaer dedah rahsia rekrut van de Beek

Iklan
Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan dia mula tertarik dengan kelibat bintang baharunya, Donny van de Beek sejak lima tahun lalu.

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan dia mula tertarik dengan kelibat bintang baharunya, Donny van de Beek sejak lima tahun lalu.

Menurut Solskjaer, ketika itu dia mengendalikan kelab Norway, Molde FK sementara van de Beek menyarung jersi Ajax Amsterdam.

Iklan
Iklan

Solskjaer berkata, dia tertarik dengan keberanian van de Beek ketika Molde FK menentang Ajax dalam saingan Liga Europa pada Disember 2015.

"Sebenarnya saya telah mengikuti perkembangan van de Beek sejak dia menjaringkan gol ketika bertemu Molde pada 2015 yang menyaksikan keputusan seri 1-1 di Amsterdam Arena.

Iklan

"Dia memiliki tandukan yang hebat selain keberanian semasa perlawanan itu ketika mengasak pemain Molde. Itu yang saya suka mengenai sikapnya," kata Solskjaer.

Solskjaer turut menyifatkan van de Beek sebagai pemain yang serba boleh, pintar, bertenaga dan mampu berkembang lebih jauh pada masa depan.

Iklan

Malah, Solskjaer memberitahu, van de Beek juga boleh diibaratkan sebagai 'mesin gol' dan ia dilihat bertepatan dengan keperluan The Red Devils memburu gol dari bahagian tengah.

"Jadi saya lihat van de Beek mampu merealisasikannya kerana dia mempunyai bacaan dan pemahaman permainan yang baik selain dapat melihat ruang dan tiba pada waktu yang tepat (untuk menjaringkan gol)," ujarnya.