Calon muka baharu bukti UMNO Sabah berani

Iklan
Seramai 29 calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) PRN Sabah adalah muka baharu.

SHAH ALAM - Majoriti calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini adalah muka baharu.

Najmil Faiz

Exco Pemuda UMNO, Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, ini membuktikan UMNO Sabah berani melakukan reformasi dan pembaharuan untuk mengetengahkan calon baharu sebagai pemimpin.

Iklan
Iklan

Katanya, ia juga membuktikan UMNO tidak ketandusan pemimpin dan pelapis baharu bagi menyambung perjuangan parti.

"Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jelas menunjukkan UMNO ditolak golongan muda dan PRN Sabah adalah peluang untuk UMNO bangkit kembali membawa suara rakyat.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Sabah: BN, PN, PBS setuju elak pertembungan calon

PRN Sabah: Pas beri laluan demi muafakat

Iklan

"UMNO adalah parti rakyat, bukan milik pemimpin. Rakyat akan terus menjadi teras kepada UMNO.

"Demi rakyat, UMNO akan terus berjuang dan menjadi platform utama bagi golongan muda untuk partisipasi politik," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Semalam, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, seramai 29 calon BN bakal bertanding bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN Sabah adalah muka baharu.

Katanya, semua calon yang dipilih adalah yang terbaik serta diyakini boleh memenangi kerusi di kawasan masing-masing.