KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 5 sen manakala diesel turun 6 sen bagi tempoh 12 hingga 18 September ini.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.66, RON97 (RM1.96) dan diesel (RM1.72).
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” maklum kenyataan itu. - Bernama