KBS mohon beri insentif percukaian barangan sukan

Iklan
Reezal Merican - Foto fail Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon Kementerian Kewangan (MOF) untuk memberi insentif percukaian terhadap pembelian barangan sukan.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, cadangan tersebut antara permohonan yang dikemukakan kepada MOF untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2021.

Iklan
Iklan

"Kita minta juga supaya diberi pelepasan cukai kepada ibubapa yang melabur untuk latihan sukan anak-anak, selain pembelian peralatan sukan," katanya.

Menurutnya, perkara itu menjadi pendorong kepada ibu bapa dalam pelaburan sukan anak-anak.

Iklan

"Kebanyakan tahap kepedulian rakyat terhadap sukan semakin meningkat bukan hanya untuk diri sendiri malahan juga anak-anak. Suntikan (pelepasan cukai) ini mampu menyemarakkan sektor sukan.

"Kita harap MOF beri pertimbangan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan Felo Korporat 2020 di kementeriannya di sini hari ini.

Iklan

Turut hadir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Terdahulu, Reezal meluangkan lebih sejam bermesyuarat dengan Tengku Zafrul. Reezal berkata, kunjungan Tengku Zafrul itu untuk mendapatkan input KBS.

"Kita menyatakan sektor sukan tidak mendapat bantuan menyeluruh kerana dibuka agak lewat selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Saya dapati akan banyak inisiatif baharu yang akan mengambil kira mereka yang terjejas," kata beliau lagi.

Program Felo Korporat yang dilaksanakan KBS memasuki tahun kedua dengan 60 individu dipilih sebagai peserta.

Selain penempatan bersama mentor, semua felo perlu menyediakan cadangan kertas polis berkaitan peranan dan bidang tugas syarikat korporat atau pembangunan belia.

Sebanyak 22 syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyertai Felo Korporat 2020.