KOTA KINABALU - Sebanyak tujuh sekolah termasuk sebuah sekolah menengah ditutup akibat banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mistirine Radin ketika dihubungi di sini hari ini berkata sekolah yang ditutup itu melibatkan seramai 1,989 murid dan 173 guru di daerah Sandakan dan Pitas.